1 september

Februari 2, 2008

Syair

Filed under: Tak Berkategori — ayonk14 @ 3:30 pm

Aduhai adinda yang beta sayang
Siang dan malam wajah terbayang
Pada dinda fikiran melayang
Mandi tak basah makan tak kenyangAdinda ini mustika hati
Bila berpisah terasa mati
Hidup terasa tidak bererti
Bila berjumpa gembira pasti

Adinda ini orang bahari
Cantik bagai seorang puteri
Akal fikiran lagi bestari
Baik parasnya lagi ugahari

Diri adinda tiada bandingannya
Arif dan bijak ada padanya
Parasnya elok sopan orangnya
Bila berpisah rindu padanya

Adinda ini puteri mahkota
Dalam hati dinda bertakta
Amat asyik kepada beta
Intan permata kepada mata

Rindu beta tidak terperi
Kepada adinda cantik bestari
Jika dicari di dalam negeri
Tiada yang sama cantik berseri

Dindalah puteri mahkota alam
Cinta beta teramatlah dalam
Tidakkan pudar ataupun kelam
Kasih dan sayang berselang selang

Rindu beta tidak terperi
Walau berpisah dua jari
Apatah lagi sehari-hari
Hidup ini tiada seri

Rindu dendam tidak terkira
Moga dapat jumpa segera
Bila berjumpa hilang lara
Gembira di hati tidak terkira

Bila kita bersama sudah
Dunia ini terlalu indah
Dinda cantik permata bertaktah
Cantik rupa bicara petah

Hanya dinda yang kanda puja
Tiada pengganti dinda sahaja
Sopan santun suara manja
Pengubat duka ketika durja

Beta menunggu tidak tersabar
Dalam hati berdebar-debar
Rasa rindu tidak terkhabar
Bila bersua tersenyum lebar

Di DWI Maya beta khabarkan
Rindu dihati beta luahkan
Khabar tersusun beta tuliskan
Untuk dikongsi bersama rakan

Warkah abang sudahlah tamat
rindu di hati terlalu amat
cinta abang dihati tersemat
28 Syaaban 1424 tamat

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS umpan untuk komentar-komentar dalam tulisan ini. URI Lacak Balik

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Theme: Rubric. Blog pada WordPress.com.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.